Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Wednesday 4 January 2017

Peringkat-peringkat Dakwah Islamiyyah Semasa Hidup Rasulullah SAW

Assalamualaikum w.b.t...

4 peringkat yang berlainan:

* Peringkat pertama *
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.

* Peringkat kedua *
Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya hijrah

* Peringkat ketiga *
Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan  hingga pembukaan Mekah alMukarramah.

* Peringkat keempat *
Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikan syariat-syariat  Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.

* * * * *

Alhamdulillah selesai lagi satu entry tentang Fiqh Sirah ni. InsyaAllah apa yang cuba disampaikan ini dapat memberi manfaat buat semua, dan dapat beri peringatan juga buat diri ini yang sentiasa lupa. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang ada. Mohon komen agar sama-sama kita dapat perbaiki kesalahan dan berkongsi pengetahuan.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala yang buruk juga datang dari Allah tetapi disandarkan kembali kepada aku insan yang lemah ini.

Rujukan: Fiqh Al-Sirah, Jilid 1.

No comments:

Post a Comment