Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday 23 August 2015

#hnmjomjalan 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Haaa tahun ni aku mereput kat Russia tak balik Malaysia, tak balik raya tahun ni. Kenapa tak balik? Tak payah la nak terang panjang-panjang. Let me keep it to myself okay? So, kita straight to the point la yaa sebab cerita untuk trip kali ni panjang tau... Aku pi travel dekat 10 hari. Macam biasa, every each day, every post. I'll try to make it short and sweet, but if it is still long, ye laa nak simpan memori kat sini buat kenang-kenangan kan.. Sooo hadam je la yaa. >_<

#hnmjomjalan - hashtag kami pi jalan-jalan ni. Maksud dia, "hajar n manda jom jalan". "Jom jalan" sebab masa tu teringat ayat first nak ajak pi jalan, JOM JALAN? Hehehe..

Depan Olimpiceskii Stadium.
Bentuk stadium ni macam colosseum!

This trip was planned by us, me and Kak Hajar. Yep dia pun tak balik juga so kami pun rancang nak pi jalan-jalan sesama, alang-alang nak pi sambut raya kat Moscow. Trip bermula 15hb Julai 2015, dua hari lepas last paper hari tu. Bertolak dari Volgo naik bas pukul enam petang. Ohh yaa tiket bas Volgograd-Moscow harga dia 1500RUB tapi masa beli guna kad diskaun Diana Tour tu, dapat la 1350RUB. Jimat lagi.. TIPS: Kalau ada diskaun, sila ambik yg tu. Tak payah pandang lain dah sebab rasa naik bas yg lain pun sama je.

Kami berbuka dalam bas masa tu. Bawa nasi putih, sambal telur dan ayam goreng. Perghhh buka je tupperware tu, semerbak bau dia satu bas! Hahaha Bantai je laaa. Perut dah lapar niii. >_< TIPS: Sila bawa bekal siap-siap dari rumah untuk elak berbeli masa perjalanan. Perjalanan sepatutnya mengambil masa 16 jam, tapi kami sampai awal juga laa kat Moscow. Laju nauuu pak cik bawa bas yaa..

Sampai je Moscow terus pi tengok tiket train ke St.Petersburg. Kiranya kitorang ni pi jalan, dah planning siap-siap nak pi mana, hari apa, duduk mana semua tu, tapiii bab transport besar from one city to another, tiket tu kami main aci redah je. Kalau ada teruskan plan A, kalau tak ada, tukar plan B C D E.. Bahaya tapi at least kitorang belajar la nak bertawakal kat Allah, doa banyak-banyak dipermudah perjalanan tu. Alhamdulillah semuanya selamat..

Selesai beli tiket, kami gerak terus ke rumah kawan. Nama Ika Umairah, student M1. TIPS: Kalau nak jimat, tumpang rumah kenalan. Next time, kita tumpangkan diorang pula kan? ;) Dah settele down semua, Ika ajak pi tengok international fencing tournament kat Prospekt Mira. Katanya kawan dia dari Indonesia masuk pertandingan tu. Kami okay je la..

Yang tudung pink tu la Ika Umairah.
Baik gilaaa, lawa pula tu. ;)

Tak sangka weyhhh kawan dia bawa kami masuk, dapat tengok fencing FREE OF CHARGE! Huihhh kalau bayar, kena la 20euro! Alhamdulillah.. Terima kasih Ricky bagi kami masuk atas nama korang. Semoga terus berjaya next time! ;) TIPS: Make friends, a lot of good friends. 

Masuk Freeeee :D

Kenang-kenangan with atlet fencing Indonesia.
Yg kiri sekali tu la Ricky. :)
Jumpa la juga akhirnya sorang Harimau Malaya...

Dah lepak-lepak situ, kami gerak ke mall nak berbuka puasa last dah. Esok raya weyhh esok raya! Ohh ya Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... Hehe Sampai mall, ramai lagi budak Malaysia yg tinggal kat Moscow tak balik-balik nii.. So kitorang duduk sekali, makan sama-sama, kenal-kenal sikit. Dapat kawan baru oii! Danial should be MAI sekarang, sambung ke St.Petersburg. Then ada junior 4 orang, Anis, Iskandar, Damia, and Tya. Tya ni muka dia ada iras muka Cah, junior kat sekolah dulu. Sama sangat.. gelak dan cara cakap semua laa. Rindu Cah.. :')

Till next post maybe? ;)

Masjid di Prospekt Mira.
Stil dalam pembinaan untuk besarkan masjid ni.
Would be one of the biggest mosque in Europe!

P/s: Ni baru first and second day la kiranya.. Next post pasal raya di Moscow dan jalan-jalan tengok main attractions. :)


No comments:

Post a Comment