Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Sunday 16 August 2015

#dombayretreat Part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Dah berapa hari tertangguh post ni, so kita habiskan juga la ya. Gagahkan diri, kerah ingatan mu wahai ammanda oiii!

Memandangkan ni cerita tentang  hari terakhir kat Dombay, insyaAllah ni juga ialah post terakhir untuk #dombayretreat ni.

So plan nya hari ni nak lawat kawasan gunung, sungai, pi tengok mata air, pi zoo, kolam ikan, memancing dan banyak lagi..

Pagi lepas breakfast, kami gerak ke kawasan gunung naik van mini ni.

Mini van trip. Classic!

Sesi men-tadabbur alam bermula! Masa tu dah mula rasa sayu sebab akan tinggalkan tempat yg lawa dan tenang ni dan tak tahu bila pula bila boleh datang lagi sebabnya stail aku kalau dah pernah pergi, aku tak pergi dah situ sebab nak jalan tempat lain pula. Hahaha Tapi kan, tempat ni aku boleh masuk dalam list harus pergi lagi.

Sampai je kat kawasan gunung ni perghhh masa tu tak tau nak tengok mana, semua tempat lawa! Kiri nampak sungai, kanan nampak bukit hijau, atas nampak gunung salji dari kejauhan dengan gumpalan awan macam cotton candy. Gittewww.. Haha Bawah? Bawah nampak la jalan tanah merah. ;)

Mata air

Haa kat sini kan ada mata air pure dari bawah tanah! Ada dua lubang kat sini. Maybe ada lagi tempat lain, tapi yg ni je la kita pi kan. Alang-aang dah sampai, dah nampak depan mata mata air ni, rugi la kan kalau tak rasa air mutlak ni. Celup tangan dalam tu rasa sejuk jeee. Huishh terus tekak rasa haus haus je. Hahaha

Tanpa berlengah, aku pun mencedok sikit air tu slurrppp... Astaghfirullahaladzim rasa dia.. tak boleh nak telan weyhhh. >_<  Air tu rasa payau, rasa besi sikit-sikit dan rasa macam bergas. Huihhh tak tau la orang Russia ni minum macam mana air ni. Pak cik Arthur, tourguide kitorang suruh ambik bawa balik. Bagus untuk kesihatan katanya. Aku tengok kiri, tengok kanan.. Tak apa lah pak cik.. Huhuhuuu.

Just before I tried it. >_<

Pemandangan kat sini lawa. Kami jalan sekitar tu, ambik gambar buat kenang-kenangan. Sungai dia mengalir sejuk je.. rasa rindu kat Malaysia sebab dengar kan bunyi sungai yg mengalir tu. Rindukan rumah..

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" (Surah AnNisaa' - Ayat 122).

Siapa nak masuk syurga? Ayuh kita tingkatkan keimanan dan teruskan beramal soleh!




"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." (Surah AlIsraa'- Ayat 037.

Tujuan aku post cerita-cerita ni bukan lah nak berlagak sombong sebab dapat berjalan sana sini, kononnya menghabiskan duit pergi berjoli sakan atau apa-apa je lah. Niat aku sekadar ingin berkongsi pengalaman berjaulah ke tempat orang, bercerita tentang suka duka aku sepanjang perjalanan buat tatapan diri suatu hari nanti. Diri ini ingin memohon seribu kemaafan seandainya ada yg rasa tidak senang tengok aku post benda-benda macam ni. Anda boleh tekan butang pangkah merah kat atas or back sahaja kalau tak mahu terus membaca. Tiada paksaan.. *peace*

Okay kita sambung lagi cerita kita. Hari last ni juga kami ada pi melawat zoo kat sini. Panas oii kat sini sebab pokok kurang. Then next kami pi lawat kolam ikan. Siapa nak memancing, boleh try. Free je nak memancing, tapi kena bayar harga ikan yg ditangkap laa. Aku tak nak sebab nak duduk lepak-lepak je menikmati pemandangan.. Kami tangkap gambar, borak-borak kongsi perasaan, then lunch ikan bakar! Sedap..fresh dari kolam. ;)

So apa yg aku dapat sepanjang perjalanan ni? Apa ibrah yg dapat aku kutip? Banyak...

Ukhuwah
"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Al Hujurat: 10)
Allah dah nyatakan dalam alQuran tentang persaudaraan sesama Islam. Dalam Islam, kita diikat sebagai saudara kerana satu syahadah, kerana mengimani Allah yg satu tanpa menduakanNya dengan yg lain biar pun kita tak sama warna kulit, tak sama asal negeri, tiada pertalian darah atau mungkin tiada persamaan langsung! Tapi dengan keimanan itu, kita diikat sebagai saudara dan sesama saudara itu haruslah saling berbaik dan saling bantu-membantu. Itu aku lihat di sini dan aku merasai manisnya ukhuwah yg berlandaskan Islam ini!

Kesabaran
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:153)
Dalam perjalanan kali ni, banyak betul dugaan yg kadang-kadang menguji kesabaran lebih-lebih lagi masa hari kedua di mana aku kena panjat gunung tanpa persediaan secukupnya. Fuhhh masa tu Allah saja yg tahu macam mana menggelegaknya hati ni nak marah. Tak tahu nak marah kat siapa. Diri sendiri mungkin sebab lembik! Tapi apa lah sangat nak diibandingkan dengan pengalaman, rezeki dan nikmat yg Allah tengah kurniakan tu kan? Allah berfirman dnegan menyebut "Hai orang-orang beriman..." Siapa tu? Kita lah.. Allah tuju ayat ni untuk kita tau... So apa lah salahnya bersabar sikit kan. Allah sentiasa bersama kita dan syurga ganjaran bagi orang-orang yg beriman! ;)

Kesyukuran
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah AnNahl:18).
Sungguh perjalanan kali ni banyak mengajar aku erti bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yg Allah kurniakan. Nikmat iman dan islam, nikmat untuk hidup lagi di esok hari, nikmat mendapat peluang untuk terus beramal ibadat dan bertaubat. Syukur juga aku panjatkan kerana diberi rezeki untuk sampai ke sini, bersama yg tersayang, menjalin ukhuwah, mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah!

 "Fabi-ayyi aalaa-i rabbikumaa tukadzdzibaan"
-So which of the favors of your Lord would you deny?-
(Ar-Rahman:13)


No comments:

Post a Comment