Assalamualaikum...

Blog ni hanyalah mengenai rentetan hidup, luahan hati dan tempat curahan segala idea dan pendapat penulis.

Blog ini juga ada menggunakan perkataan aku sebagai penulis yang mana mungkin kasar dan tak mesra bunyinya. Sorry not sorry, this is my style.

Aman tanpa perang,
Ammanda Elydia.


Monday 10 August 2015

#dombayretreat Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Haa kali ni kita sambung balik cerita #dombayretreat kita. Hari tu kan dah cerita day 1 punya. So kali ni aku share day 2 and 3 pula yaa (kalau cerita jadi panjang, sambung next post lagi :P ).

Second day kitorang siap awal, nak berebut sarapan kat kafe bawah hotel ni. Kalau lambat tak dapat seat, tak dapat makan. Haha Apa punya perangai laaa. Tourists lain putih mata je tengok kitorang ambik makanan macam pirana, berdesuppp hilang semua makanan atas meja! >_<

Hari ni first activity kitorang sambung balik ikut tentatif program semalam which is a 'visit to waterfall! Kenapa aku letak tanda "" ni? Haaaa. Sebab ni visit bukan sebarang visit! Aku ingat datang sini, tak ada lah istilah expect the unexpected.. Rupa-rupanya kalau dah namanya Russia, bawa lah istilah tu ke ceruk Russia mana pun kau pergi anak oiii!

Aku si tudung oren, beg merah.

Mula-mula kitorang diberi taklimat tentang aktiviti hari ini. Katanya tak payah pakai tebal, sebab nanti panas dalam sana. Ahh sudah mana nak simpan jaket buluss iolls ni? Nak tak nak memang pakai je la dulu sebab masa tu sejuk lagi. Pastu terfikir yg waterfall mesti sejuk kan. So tak apa lah. Okay je kut.

Tak ku sangka tak ku duga, a visit tu waterfalls turns to be a jungle-trekking! Allah je yg tahu betapa peritnya perjalanan itu. Memang lah masa tu baru habis intervarsity games tapi badan terkejut lah juga tiba-tiba kena jungle-trekking bila mental tak bersedia. Macam-macam betul laaa..

Matahari memancor-mancor. Makanya jaket bulus iolss sudah tak berzip.
Panas nak oiii >_<
Along the journey, pihak Azam Russia ada sediakan game and competition. Team mana post gambar paling kreatif dan banyak kat insta ada peluang lah nak menang hadiah. So kita yg bajet kreatif dan semangat ni pun try la nak isi sepanjang journey tu tangkap gambar nak buat sequel lah konon dari awal sampai ke destinasi. Boleh lah try tengok hashtag #dombayretreat. Ada lah gambar2 travel kami dalam tu. ;)



Lama-lama dah tak larat weyhh nak tangkap-tangkap gambar ni bagai. Cerita ke mana, gambar ke mana dan aku pula entah ke mana. Semuanya ke lauttt. Hahaha..

Ada macam twilight tak, macam Edward Cullen. Ahakss.

Penat-penat pun gambar tetap senyum. :)

Sejam duk jungle-trekking sampai la kitorang kat satu dataran sungai ni. Tempat ni lawa sangat. Air sungai sejuk je.. Rasa macam nak je minum air tu sambil berenang-renang seperti kanak-kanak ribena yg lain. Malangnya itu semua angan-angan.. Perjalanan harus diteruskan jua...

Sungai lawa, sejuk bersih.
Pemandangan belakang yg gunung salji tu cantik sangat3!


Rupa-rupanya air terjun tu jauh lagi weyhhh. Dapat tahu yg sungai kitorang stop tu, baru half way nak ke waterfall tu. Apa boleh buat, sekali melangkah tak kan mengalah. Perjalan diteruskan lagi. Hahaha Macam-macam weyhh kitorang kena redah. Turun naik bukit curam. Redah semak, lalu sungai, lalu bawah pokok tumbang bagai. Sampai satu masa aku jadi terfikir, ada ke orang yg pernah lalu sini ni. Pokok semak samun pun dia baru tebas ni. Aishh risau aku...

What is ukhuwah?
Ukhuwah is when we dance together through the storm.

Nampak air terjun kat atas tu? Haa nampak kecik je orang-orang kat atas tu.
Ya tinggi dan jauh lagi nak panjat ni...

Dah sampai kaki gunung ni, kitorang kena panjat bukit salji yg licin curam ni. Merangkak-rangkak weyhh nak sampai atas ni. Haa tahu tak, bawah timbunan salji ni la air terjun tu lalu.. sambung sampai ke bawah mengalir jadi la sungai. Tinggi weyhh bukit salji ni. Gayat datang balik...

Ni Arthur, tour guide kitorang.

Alhamdulillah sampai atas tu lega sangat.Tapi tak dapat sduduk sebab sempit ya amat.. So tangkap-tangkap gamabr macam tu je. Hmmm. Not a really nice memores. But a good experience. Boleh lah buat modal berlagak dengan geng kan aku panjat gunung salji bagai. Puiii.

Thumbs up sebab berjaya panjat waterfall ni! :')

Balik dari jungle-trekking kitorang pi naik kuda! Haa tak semua yg pergi naik kuda ni. Ada yg ikut, ada yg tak. So aku ikut la sebab bukan senang nak dapat naik kuda pusing-pusing padang rumput kat Dombay ni kan. Kat sini lawaaa. Tanah lapang hijau je..

Kuda hitam iolss paling tinggi dan paling besar.
Nampak gahh je. Gayat aku dibuatnya.. >_<

Untaaa...

Nampak bukit-bukit hijau tak jauh dari area tu. Ada kuda banyakkk sangat! Haa kat Malaysia kalau kita balik kampung biasa la kan nampak lembu sepah-sepah tepi jalan kan? Tapi kat sini, kuda sepah-sepah tepi jalan. Tak diikat pun.. Diorang ni biar je kuda-kuda ni ragut rumput kat padang ni. Tak ada pagar apa pun... Pemandangan dia bombastik artistik fantastik! Tak tau nak cakap macam mana.. Tenang je tengok... :')

Belakang tu banyak kuda tengah berkeliaran berlari berkejaran..
Seindah bunga di tamannnnnn Hahaha

Nak ke tengah jalan takut. Padahal kereta tak ada pun yg lalu.

Aku ingat lagi Zai cakap best nya dapat naik kuda sebab tu first time dia naik kuda. Aku sendiri pun tak ingat dah bila first time aku naik kuda. Uihh tak bersyukurnya aku masa tu sebab memori pertama naik kuda tu langsung tak lekat kat kepala. Mungkin tak menghargai, tak pernah menghargai. Harapnya aku punya alasan kenapa aku tak rasa bersyukur masa tu. Sebab aku masih kecil, atau tak tahu. Ampunkan aku ya Allah...

Malam tu tak buat apa. Just rehat dan BBQ sebab tu malam last dah duduk sini. Kenyang perut, badan letih, memang pitam terus la dalam bilik tu. Ohh ya, team kitorang tak menang no 1. Kitorang.. dapat no 2! Alhamdulillah. Thank you Azam Russia..

Groupmates hebakkk!
Rasanya post kali ini boleh cerita pasal second day je kut sebab third day which is the last day banyak lagi nak cerita. So apa iktibar yg aku dapat untuk second day ni? Nampak macam biasa-biasa je aktiviti ni kan. Banyak...

Sisters fillah!

1 comment:

  1. Don't give up on that hope! I like it.. :) I wish that one day, you'll be travelling around your fav cities too. ;)

    ReplyDelete